Wednesday, August 3, 2011

pun takmahu

hirupkan darah takberharga
minumkan airmata separa kering
siatkan nyawa takterdaya
keratkan nadi takbersalur
buangkan sejauh perasaan
campakkan jiwa yang tiada

aku pun takmahu aku lagi

Wednesday, July 27, 2011

kesan

di saat aku yang sedang asyik
kau terbang dari mimpiku
dan tinggalkanku bersendiri
malam ditemankan sepi

kini aku tinggal--
tinggal dengan setiap sisa kau
bayangkan betapa banyaknya perca jiwa
yang disiatceraikan dari tubuh ini
lalu aku kutipnya semula satu satu
dicantumkan lalu ternyawa
tapi dengan segala kesan retak kecai

Wednesday, March 30, 2011

lagi senyum

segaris wap pagi
mula mencatat kaki langit
samar kabus suria
mula memucatkan persih subuh
helaian kisah ummi diselak lagi
di 42 tahunnya ia bernafas
masih tampak akar kudrat
malah semakin kuat cengkamannya

tersedia aku maklumtahu
mana-mana jiwa berbeza
terkadang diindah terkadang disampah
namun- apapun ia
ummi terselimut sentiasa
dengan selembar bahagia takterduka

kalaulah tercapainya aku sang pelangi
akan aku bisa gantunglekat
pada setiap hari hari ummi
hanya mahu lihat ia tersenyum--
lagi.



*selamat hari jadi ummi

Friday, March 25, 2011

cuti

makan.
tidur.
ulang.

Thursday, March 17, 2011

ingat

hari terakhir,
ingat, untuk hargai setiap detik
setiap segala terperinci
setiap pelukan
bahkan beberapa air mata
kerana sejak dari hari itu
setiap orang tidak pernah akan sama
mungkinmungkin



*selamat tinggal asasi undangundang :'-)

Wednesday, March 16, 2011

kembali sini

garang guruh
tusuk petir
rawan hujan
renta ombak
malap suria
suram awan
kelam bintang
sayu hujan
siat sukma
perca jiwa

kembali sini--
kau

Monday, March 7, 2011

ombak


bilamana ombak kalian datang berlabuh pada pantai hati aku.
rawan,
ombak pergi lagi.

Sunday, March 6, 2011

sama

aku adalah aku
kau adalah kau
kita adalah kita
boleh kita duduk?
dalam aman

hari itu aku berdoa
ketika kau dan aku dan dia adalah kita
ketika dia dan kau dan aku adalah kita

kita mulai telingkah
dan untuk apa?
untuk aman
aman akan berjumpa dengan harmoni

dagangkan senjata dan api
dengan aman merpati
kerna kita juang untuk cinta sejati
aman akan berjumpa dengan harmoni

satu untuk semua
semua untuk satu
kita untuk kita
sama

sama